Tempahan

Bagaimana cara membuat tempahan?

Untuk membuat tempahan, sila ke laman produk yang diingini. Isikan maklumat dalam borang yang disediakan termasuk nama yang ingin disulam, jenis tulisan, warna, dan pilihan lain. Klik "Tambah kepada cart" dan ikut arahan untuk siapkan tempahan.

Bolehkah tulisan dalam tulisan selain tulisan huruf biasa (Romawi)?

Ya, kami boleh sulam huruf Arab/Jawi, Cina, Hindi, Tamil, dan Punjab. Sila hubungi kami di hello@jarum.local  atau melalui WhatApp untuk bantuan lanjut.

Berapa lama tempoh untuk siapkan tempahan?

Secara amnya proses kami mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja. Sila ambil maklum tempoh pengantaran akan bergantung kepada lokasi dan cara penghantaran.

Bolehkah saya membatalkan and mengubah tempahan saya selepas tempahan dibuat?

Sejurus tempahan disahkan, ia akan terus memasuki proses penghasilan kami. Dengan sedemikian, perubahan atau pembatalan tidak dapat dibuat. Sila semak maklumat sebelum tempahan dibuat.

Apakah kaedah pembayaran yang diterima?

Kami menerima pelbagai kaedah pembayaran, termasuk melalui kad kredit dan debit. Anda boleh mendapatkan senarai penuh kaedah pembayaran yang ditawarkan semasa proses semak keluar.

Penghantaran

Bagaimana saya mengesan status temapahan saya (order tracking)?

Sejurus tempahan anda siap dan sedia dipos, anda akan menerima e-mel pengesahan penghantaran termasuk nombor pengesanan (tracking number).

Selain itu, anda boleh ke laman Pengesanan Order kami untuk buat pengesanan.

Bagaimana untuk membuat tempahan kepada alamat yang berbeza?

Sila buat tempahan yang berasingan untuk setiap alamat.

Bolehkah saya memungut sendiri tempahan saya (self-pickup)?

Ya, boleh. Semasa proses semak keluar, pilih kaedah Self-Pickup. Apabila tempahan anda siap dan sedia untuk dipungut, kami akan memberitahu anda melalui e-mel.

Lokasi Self-pickup kami adalah di

Jarum Merah Crafts Enterprise
59-1, KL Traders Square,
Jalan Gombak,
Setapak,
53000, Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur

Boleh rujuk lokasi kami di Google Maps

Waktu self-pickup adalah 9am-5pm, Isnin - Jumaat (tidak termasuk cuti umum).

Adakah penghantaran atarabangsa disediakan?

Pada masa ini kami hanya membuat penghantaran di dalam Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Labuan), dan ke Singapore dan Brunei. Kos penghantaran dan masa akan bergantung kepada lokasi.

Apakah polisi penghantaran semula dan pembayaran balik (Return & Refund) anda?

Kepuasan anda amat penting bagi kami. Jika order yang diterima rosak atau tersilap, sila hubungi kami dalam masa dua hari selepas barang diterima. Kami akan bantu anda dengan sebarang pengantaran semula, penukanan, atau pembayaran semula seperti dinyatakan dalam polisi kami.

Maklumat Produk

Adakah produk anda selamat untuk kegunaan kanak-kanak?

Ya, produk kami dibuat dengan mengambil berat keselamatan pengguna. Kami menggunakan bahan yang berkualiti. Kami juga memsatikan barangan seperti klip puting bayi dan mainan selamat untuk digunakan kanak-kanak. Namun begitu, kami menggalakkan ibu bapa memerhati bayi dan anak-anak apabila mereka mengguna produk kami.

Bolehkah saya meminta corak atau design yang tidak dipapar di laman web?

Pada masa ini, kami menyediakan pelbagai pilihan produk. Jika anda ada permintaan yang khusus, anda boleh e-mel kami di hello@jarum.local, dan kami akan mencuba untuk memenuhi permintaan anda.

Maklumat Lain

Bolehkah saya meminta gambar atau video barangan saya semasa dibuat atau selepas selesai dibuat?

Sila ambil maklum kami berkemungkinan tidak akan mengambil gambar atau video untuk semua tempahan yang dibuat. Kami akan mengongsikan gambar dan video yang diambil di laman Instagram kami. Sila ikuti kami di @jarummerah untuk maklumat terkini.

Bagaimana saya nak menghubungi anda?

Anda boleh e-mel kami di hello@jarum.local atau hubungi kami di laman Hubungi Kami. Kami akan menjawab secepat mungkin, biasanya dalam tempoh 24-48 jam.